Thursday, 21 April 2022

RICHEST MAN IN BABYLON



Buku ini edisi Bahasa Melayu.

Ia nipis, dapat habis dibaca dengan cepat.

Ini buku klasik modern paling berpengaruh dalam bidang pembangunan diri. 

Ia diterjemahkan ke dalam lebih 50 bahasa-bahasa dunia.

Lebih 20 juta naskhah buku ini terjual di seluruh dunia. 

Buku ini sarat dengan nilai-nilai dan kisah-kisah yang dapat membangkitkan semangat kita untuk terus maju dan membantu kita keluar dari masalah kewangan dan kemiskinan.

LINK BUKU INI ADA DI RUANG KOMEN

Wednesday, 13 April 2022

KOLEKSI RISALAH AN-NUR

Tajuk: Pedoman Para Wanita
ISBN:  9786051934914
Penerbit: Penerbitan Hayrat
Penulis: Badiuzzaman Said Nursi
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: 199
Format: Softcover
Berat (kg): 0.235 kg
Dimensi (cm): 18.9cm x 13.4cm x 1.1cm
Harga RM20
 
Sinopsis
 

"Berbahagialah si suami berikut: Untuk tidak kehilangan teman hidup abadinya, dia meniru isterinya yang solehah lalu dia turut menjadi soleh.

Malah berbahagialah juga si isteri berikut: Untuk tidak kehilangan sahabat dan teman abadinya, dia mendapati si suaminya taat beragama lalu dia juga menjadi benar-benar taat beragama lalu memperoleh kebahagiaan ukhrawinya di dalam kebahagiaan duniawinya."

 

Antara perbahasan yang menarik dalam buku ini:
- Keistimewaan wanita dan ciri-ciri pahlawan kasih sayang
- Tatacara dan keutamaan dalam memilih pasangan hidup 
- Bagaimana pasangan suami isteri dapat menjadi teman abadi di dunia dan akhirat
- Peranan ibu bapa dalam memberikan didikan agama kepada anak-anak
- Hikmah-hikmah pensyariatan hijab kepada para wanita
- Hakikat cinta dan cara mengendalikan rasa cinta yang sebenar
- Kecenderungan golongan wanita berusia kepada pelajaran agama
- Hikmah kehilangan cahaya mata kecil di dunia
- Menjawab isu menikahi isteri kepada anak angkat, poligami, perhambaan dan tawanan perang

>Tajuk: Pedoman Masa Muda

ISBN:  9786051935027
Penerbit: Penerbitan Hayrat
Penulis: Badiuzzaman Said Nursi
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: 96
Format: Softcover
Berat (kg): 0.15 kg
Dimensi (cm): 19 cm x 13.5 cm x 0.6 cm
 rm17
 
Sinopsis
 

Masa muda yang ada pada kalian pasti akan berlalu. Sekiranya kalian tidak kekal dalam lingkungan syariat, masa muda itu akan menghilang dan mendatangkan lebih banyak bala seta kesakitan berbanding dengan kelazatannya bukan sahaja di dunia dan di kubur, malahan di akhirat.

Jika kalian memanfaatkannya untuk kemuliaan, kehormatan dan ketaatan menerusi tarbiah Islamiah sebagai balasan kesyukuran terhadap nikmat masa muda, sesungguhnya masa muda itu akan kekal secara maknawi dan akan menjadi sebab kepada
pemerolehan masa muda yang abadi.

>Tajuk: Risalah Isra' Dan Mi'raj 

ISBN:  978605193526
Penerbit: Penerbitan Hayrat
Penulis: Badiuzzaman Said Nursi
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: 96
Format: Softcover
Berat (kg): 0.115
Dimensi (cm): 18.9cm x 13.3cm x 0.6xm
RM18
 
SINOPSIS
 
Buku Risalah Isra' dan Mi'raj merupakan salah satu risalah daripada buku Risalah An-Nur pada bahagian Al-Kalimat iaitu Al-Kalimat ke-31. Risalah ini telah ditulis di Barla pada tahun 1929. Kandungan risalah ini terdiri daripada penerangan peristiwa Isra' dan Mi'raj Nabi Muhammad S.A.W. Menurut Imam Nursi, peristiwa Isra' dan Mi'raj adalah satu natijah yang datang selepas asas-asas rukun Iman. Oleh itu, peristiwa ini tidak boleh diceritakan kepada mereka yang tidak beriman kepada Allah s.w.t, Rasul, Malaikat serta makhluk yang wujud di langit. Buku ini lebih disasarkan kepada golongan muslim yang meragui akan kejadian peristiwa tersebut. Golongan mulhid (ateis) juga menjadi pendengar dalam risalah ini dan mereka ada melontarkan persoalan mengenai peristiwa itu. Kemudian, Imam Nursi menjawab setiap persoalan mereka secara logik dan memuaskan. 

>Tajuk: Risalah Hasyir

ISBN: 9786051934983
Penerbit: Penerbitan Hayrat
Penulis: Badiuzzaman Said Nursi
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 164
Format: Softcover
Berat (kg): 0.180
Dimensi (cm): 18.9cm x 13.4 x 1.0cm
 RM20

Sinopsis
 
Risalah Hasyir atau Hari Kebangkitan merupakan Kalimah Kesepuluh daripada koleksi Risalah An-Nur. Menerusi risalah ini, Badiuzzaman Said Nursi menjelaskan bukti-bukti kewujudan hari kebangkitan dengan hujah aqli dan naqli. Risalah ini diceritakan dalam bentuk perumpamaan, tamsilan dan cerita untuk memudahkan kefahaman dan menunjukkan bahawa hakikat-hakikat Islam adalah sangat logik, sesuai, kukuh dan saling bersandar antara satu sama lain. Makna bagi semua cerita tersebut ialah hakikat-hakikat yang terdapat di penghujungnya, ianya bukanlah cerita khayalan bahkan ialah hakikat.
>Tajuk: Risalah Iman dan Solat
ISBN: 9786051935010
Penerbit: Penerbitan Hayrat
Penulis: Badiuzzaman Said Nursi
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 104
Format: Softcover
Berat (kg): 0.124
Dimensi (cm): 18.9cm x 13.4 x 0.6cm
 RM17
Sinopsis
 
Buku Risalah Iman dan Solat terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama kumpulan risalah yang berkaitan dengan Iman, dan bahagian kedua kumpulan risalah berkaitan dengan solat. Imam Badiuzzaman Said Nursi melihat masalah utama bagi ummat Islam sekarang adalah masalah kelemahan iman. Jadi, Risalah Iman menerangkan bagaimana iman memberikan kekuatan dan dengan iman, manusia boleh naik ke martabat yang paling tinggi. Malah iman menjadikan manusia sebagai manusia (sejati); bahkan menjadikan manusia sebagai Raja di alam semesta ini. Di bahagian kedua, Imam Said Nursi menjelaskan bagaimana Solat itu menatijahkan kebahagiaan dunia dan akhirat. Kemudian beliau menjelaskan hikmah-hikmah disebalik 5 waktu solat. Dan terakhir memberikan nasihat yang sangat menarik buat nafsu yang malas menunaikan solat. Sesiapa sahaja yang membaca pasti akan merasa solat itu sebenarnya tidak memenatkan dan merasakan keperluan setiap manusia untuk Solat.

>Tajuk: Risalah Keikhlasan dan Ukhuwwah
ISBN: 9786051934969
Penerbit: Penerbitan Hayrat
Penulis: Badiuzzaman Said Nursi
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 104
Format: Softcover
Berat (kg): 0.125 kg
Dimensi (cm): 18.9 cm x 13.5 x 0.6 cm
 RM17
Sinopsis

Risalah Keikhlasan dan Ukhuwwah merupakan karya Badiuzzaman Said Nursi yang terdiri daripada 2 bahagian.

Bahagian pertama iaitu Risalah Keikhlasan membicarakan sebab-sebab perpecahan antara umat Islam dan penawar bagi setiap masalah perpecahan tersebut. Selain itu, Said Nursi juga membahaskan kepentingan memiliki sifat ikhlas, bagaimana cara-cara untuk memperolehinya, prinsip-prinsip keikhlasan dan faktor-faktor penyebab kepada ketidakikhlasan dalam risalah yang sama. 

 Manakala Risalah Ukhuwwah pula membahaskan sikap-sikap seperti berpuak-puak (taksub), keras kepala dan perseteruan dalam kalangan orang mukmin adalah bermudarat serta menjadi racun kepada kehidupan manusia. Pada bahagian penutup, Said Nursi menafsirkan ayat ghibah (mengumpat) dari surah al-Hujurat ayat 12 dengan menunjukkan i’jaz al-Quran dan dalil-dali keburukan mengumpat.


>Tajuk: Risalah Untuk Para Pesakit

ISBN:  9786051935102
Penerbit: Penerbitan Hayrat
Penulis: Badiuzzaman Said Nursi
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: 79
Format: Softcover
Berat (kg): 0.100
Dimensi (cm): 18.9cm x 13.3cm x 0.5cm
RM15

SINOPSIS
 
Keistimewaan buku Risalah Untuk Para Pesakit ialah ditulis selama 4 jam setengah sahaja yang disaksikan oleh anak murid Imam Nursi iaitu Husrev, Rushdu & Refat. Ia ditulis lebih cepat berbanding dengan Risalah-Risalah lain dan hanya disemak sekali sahaja. Buku ini seperti draf pertama yang tidak diubah apa-apa oleh pengarang seusai menamat menulisnya. Risalah Untuk Para Pesakit juga digelar sebagai Lama’at ke-25.

Di dalamnya terdapat 25 ubat spiritual  yang sesuai dibaca oleh mereka yang mengalami penyakit dan musibah. Hal ini kerana kesemua ubat itu mengandungi hikmah-hikmah Allah s.w.t mendatangkan penyakit kepada manusia dan kelebihan menziarahi para pesakit. Semua ubat ini diambil khusus daripada farmasi Al-Quran yang sangat mujarab kepada segala makhluk.


>Tajuk: Lima Risalah

ISBN: 9786051934952
Penerbit: Penerbitan Hayrat
Penulis: Badiuzzaman Said Nursi
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 128
Format: Softcover
Berat (kg): 0.145 kg
Dimensi (cm): 18.9 cm x 13.5 x 0.8 cm
 RM18
Sinopsis
 

Lima Risalah merupakan buku yang mengumpulkan risalah-risalah asas daripada koleksi Risalah An-Nur. 5 risalah ini terdiri daripada;

  • Kalimah Pertama menafsirkan kalimah Basmalah secara maknawi.
  • Hujah keimanan ke-10 merupakan risalah yang menjelaskan al-imanu billah (beriman kepada Allah), makrifatullah (mengenali Allah), mahabbatullah (cinta kepada Allah) dan kelazatan rohaniah. 
  • Hujah keimanan ke-6 memberikan hujah secara naqli dan aqli tentang kewujudan hari kebangkitan.
  • Kalimah Ke-19 tentang Kerasulan Nabi Muhammad SAW ini membicarakan kenabian dan bukti kerasulan Nabi Muhammad SAW.
  • Risalah Ikhlas menjelaskan kepentingan memiliki sifat ikhlas, bagaimana cara-cara untuk memperolehinya, prinsip-prinsip keikhlasan dan faktor-faktor penyebab kepada ketidakikhlasan.
  • Risalah Alam memberikan hujah dan pembuktian kewujudan Allah dengan menolak argumen-argumen golongan ateis. 

Risalah-risalah yang dikumpulkan membentuk Lima Risalah ini merupakan hakikat keimanan yang asas, menjadikan buku ini sangat penting bagi pemula untuk membaca Risalah An-Nur.


>Tajuk: Kalimah-Kalimah Kecil

ISBN:  9786051934976
Penerbit: Penerbitan Hayrat
Penulis: Badiuzzaman Said Nursi
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 80
Format: Softcover
Berat (kg): 0.100 kg
Dimensi (cm): 18.9cm x 13.4cm x 0.5cm
 RM17
Sinopsis
 

Kalimah-Kalimah Kecil merupakan nasihat spiritual kepada nafsu-nafsu kita. Buku ini terdiri daripada Kalimah Pertama sehingga Kalimah Kesembilan. Badiuzzaman Said Nursi memberikan nasihat yang pertama kepada dirinya sendiri kemudian kepada semua pembaca dengan mendatangkan lapan cerita perumpamaan seorang askar kemudian menjelaskan hakikat daripada cerita perumpamaan tersebut. Kalimah Pertama sehingga Kelapan merupakan tafsir dari lapan ayat al-Quran. Manakala Kalimah Kesembilan menjelaskan hikmah pengkhususan solat pada lima waktu yang telah ditentukan itu.


>Tajuk: Munajat Nabi Yunus dan Nabi Ayub

ISBN:  9786051935119
Penerbit: Penerbitan Hayrat
Penulis: Badiuzzaman Said Nursi
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: 64
Format: Softcover
Berat (kg): 0.08
Dimensi (cm): 18.9cm x13.3cm x 0.5cm
 RM15
SINOPSIS
 
Buku Munajat Nabi Yunus Dan Ayub terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian ialah risalah yang berkaitan dengan Munajat Nabi Yunus A.S ketika baginda ditelan oleh ikan Nun, bahagian kedua berkaitan dengan Risalah mengenali Munajat Nabi Ayub A.S. yang diuji oleh Allah s.w.t dengan penyakit ditimpa baginda, dan bahagia ketiga pula berkaitan dengan Risalah Cinta (يا باقي أنت الباقي). Dua Risalah dalam buku ini iaitu Munajat Nabi Yunus & Ayub mempersembahkan kepada pembaca pedoman yang boleh diambil daripada ujian 2 Nabi yang agung yang sabar menghadapi dugaan mereka yang maha dahsyat. Manakala Risalah yang ketiga membicarakan fitrah manusia yang sukakan akan kekekalan. Disebabkan itu, cinta yang benar hakikatnya menyalurkan cinta kepada sesuatu kerana Allah s.w.t barulah cinta itu kekal.

Escape the Rat Race

Escape the Rat Race Klik untuk tempahan: Tajuk: Escape the Rat Race ISBN:978-967-411-561-6 Penerbit: PTS Publishing House Penuli...