Monday, 18 October 2021

Ensiklopedia Akhlak Rasulullah SAW

Ensiklopedia Akhlak Rasulullah SAW


Tajuk: Ensiklopedia Akhlak Rasulullah SAW
Penerbit: Telaga Biru
Penulis: Dr. Norhanisah Senin, Dr. Siti Fairuz Ramlan, Yusuf Hawasy, Faiz Muhamad
Tahun Terbitan: 2018
Muka Surat: 295
Halaman: Hitam Putih & Berwarna
Format: Hard Cover
Berat (kg): 0.98
Dimensi (cm): 24.2 × 19.3 × 2.1

SINOPSIS
Akhlak merupakan cerminan daripada pancaran keimanan yang telah meresapi dan menepati dalam hati seseorang. Oleh sebab itu, akhlak yang lahir daripada seseorang merupakan tindak balas automatik daripada minda bawah sedarnya tanpa boleh dibuat-buat. Jika baik imannya, maka baik akhlaknya. Begitulah sebaliknya.

KEISTIMEWAAN BUKU INI:

Sesuai dijadikan bahan rujukan di pusat sumber, institusi pendidikan, masjid, madrasah, maahad, pondok pengajian, halaqah ilmu, daurah. Kumpulan usrah, majlis pengajian, tazkirah, di pejabat malah di atas setiap rak buku dan perpustakaan mini kediaman.

Dapat menjadi ikutan dan amalan untuk menyerap roh akhlak Rasulullah saw ke dalam setiap jiwa kita dan generasi selepas kita sebagai bekalan dan senjata yang ampuh untuk membangun dan membina ketamadunan di dunia ini.

Ensiklopedia Perang Rasulullah

Ensiklopedia Perang Rasulullah 
Harga RM89 klik untuk BELI

Tajuk: Ensiklopedia Perang Rasulullah

ISBN: 9789673882823
Penerbit: Telaga Biru
Penulis: Ustaz Ahmad Adnan Fadzil & Muhamad Aizuddin Kamarul Zaman
Tahun Terbitan: 2017
Muka Surat: 320
Halaman: Berwarna
Format: Hard Cover
Berat (kg): 1.3
Dimensi (cm): 28 × 22.5 × 2


KELEBIHAN

  • Landskap Perang – Gambaran strategi dan pergerakan perang dari sudut pandangan lebih luas peningkatan kefahaman pembaca.
  • Fakta Nombor – Informasi lebih tepat dan cepat difahami. Penggunaan nombor yang lebih besar lagi jelas.
  • Gambar Dan Ilustrasi – Gambar foto, ilustrasi, peta dan grafik sebagai panduan memahami setiap kejadian.
  • Garis Masa – Plot peperangan disampaikan dalam bentuk yang mudah difahami daripada zaman jahiliyah sehingga kewafatan Rasullulah .
  • Menarik Untuk Tahu – Lokasi peta dan gambar kawasan sekitar peperangan pada masa kini sebagai panduan pengembara sirah.


SINOPSIS
Buku Ensiklopedia Perang Rasulullah bukan sahaja memperkenalkan setiap peperangan, tetapi menjurus ke arah sebab, taktik strategi serta analisis seiring dengan keperluan masyarakat semasa yang mampu mengubah persepsi anda dan masyarakat Barat terhadap peperangan tentera Muslimin selama ini.





Thursday, 14 October 2021

7 Keajaiban Diet Rasulullah S.A.W

Tajuk: 7 Keajaiban  Diet Rasulullah SAW

ISBN: 9789674814144
Penerbit: PTS
Penulis: Hamid Addin
Tahun Terbitan: 2020
Muka Surat: 445
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.58
Dimensi (inch): 6×9

Apabila berbicara tentang diet, perkataan pertama yang terbayang dalam pemikiran biasanya adalah kurus. Ada juga yang memahami maksud diet adalah sihat, bukan sekadar kurus. Hakikatnya, kedua-duanya adalah benar dan tepat. Bagi yang berbadan besar, mereka mahu diet untuk kurus, manakala bagi yang sudah kurus, mereka diet untuk sihat.

Maksud diet itu sendiri ialah makanan yang diambil secara lazim oleh manusia ataupun haiwan atau makanan tertentu
yang diambil oleh individu sama ada bagi tujuan kesihatan, menurunkan berat badan ataupun perubatan.

Namun, adakah diet itu ada dalam ajaran agama Islam?

Jawapannya ADA!

Malah Islam sendiri mengajar kaedah diet yang paling berkesan dan terbaik di dunia. Ilmu diet ini diambil daripada insan yang paling sihat tubuh badannya di muka bumi ini. Siapa lagi kalau bukan Rasulullah s.a.w. Baginda bukan sekadar sebaik-baik manusia dari segi akhlak, malah dari segi kesihatan tubuh badan. Sirah membuktikan bahawa baginda tidak pernah sakit walaupun sekali akibat kesilapan baginda dalam mengambil pemakanan harian. Tubuh baginda tegap sihat, malah sentiasa cergas dan kuat di setiap masa. Bagaimana pula dengan diri kita?

Malu pada diri sendiri.

Utusan Terakhir ini bukan sekadar membawa agama Islam, tetapi baginda juga membawa corak kehidupan manusia. Akhlak itu sendiri mengikut peribadi baginda. Setiap apa yang baginda lakukan, maka itulah menjadi sunnah yang dijanjikan pahala. Paling penting, keajaiban diet Rasulullah s.a.w. itu sendiri dijanjikan pahala pada sesiapa yang mengikutinya.

Masya Allah!

Wednesday, 13 October 2021

Seindah Akhlak Nabi

Seindah Akhlak Nabi

Harga: RM98


Tajuk : Seindah Akhlak Nabi
ISBN : 9789830979342
Penerbit : Galeri Ilmu
Penulis : Ustaz Muhadir Haji Joll
Muka Surat : 922
Halaman : Hitam Putih
Tahun Terbit : 2021
Format : Hardcover
Berat : 1.40 kg
Dimensi (Cm) : 24.3 cm x 17 cm x 4.5 cm 

 


SINOPSIS: 

 

Buku ini menghimpunkan 600 hadis tentang kisah-kisah akhlak Nabi Muhammad SAW yang mesti dicontohi. 

Setiap hadis disusun dan diletakkan dalam tajuk-tajuk yang diperincikan mengikut pelbagai kategori yang merangkumi setiap sudut kehidupan Baginda sama ada akhlak Baginda dengan diri sendiri, ahli keluarga, para Sahabat, kanak-kanak mahupun terhadap haiwan dan makhluk yang tidak bernyawa.

 

ISI KANDUNGAN



Antara akhlak Baginda yang dikisahkan dalam naskhah ini:

  • Lemah lembut dalam mengajar dan berdakwah.
  • Rahmat kepada umat.
  • Memaafkan kesalahan orang lain.
  • Membantu urusan keluarga.
  • Suka berbincang dan bermesyuarat.
  • Suka bersedekah dan menolong orang lain.
  • Membantu menunaikan hajat dan permintaan orang lain.
  • Adil, bijaksana, lemah lembut dan pemaaf.
  • Qana‘ah (berasa cukup dengan apa yang ada).
  • Zuhud, warak, tawadhuk dan amanah.

LAMPIRAN



Telah Terbit Bulan Purnama [RM20] (Ready Stock)

Telah Terbit Bulan Purnama


Tajuk : Telah Terbit Bulan Purnama
ISBN : 9789830979328
Penerbit : Galeri Ilmu
Penulis : Ustaz Muhadir Haji Joll
Muka Surat : 144
Halaman : Hitam Putih & Berwarna
Tahun Terbit : 2021
Format : Softcover
Berat : 0.18 kg
Dimensi (Cm) : 21.5 cm x 14.1 cm x 0.8 cm 

 

SINOPSIS: 

Nabi Muhammad SAW adalah rahmat yang besar untuk seluruh alam. Sepertimana bulan purnama memancarkan cahaya, Nabi Muhammad SAW adalah penunjuk jalan, pembimbing dan tokoh terulung yang wajar dimuliakan dan disanjung sepanjang zaman.

Naskhah ini berbicara tentang keistimewaan dan kelebihan Nabi Muhammad SAW berbanding para Nabi dan Rasul yang lain, pelbagai kemuliaan Rasulullah termasuk perbezaan panggilan atau gelaran daripada Allah terhadap Rasulullah dan Rasul-rasul yang lain seperti yang termaktub dalam al Quran.

Turut juga dinyatakan bagaimana para Sahabat dan generasi-generasi selepas mereka mencintai dan memuliakan Baginda dengan mengadakan sambutan Maulidur Rasul dan mengarang kitab serta menyusun qasidah.

Menyambut Maulidur Rasul adalah termasuk di dalam cara pendekatan diri kepada Allah di samping suatu ungkapan kebahagiaan dan kecintaan kepada Rasulullah, sebagaimana sabdanya, “Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga aku lebih dia cintai daripada orang tuanya dan anaknya dan manusia keseluruhannya”. Riwayat Imam Al-Bukhari.

 

KANDUNGAN:

  • Asal Perkataan Maulidur Rasul dan Maulidun Nabi
  • Makhluk-makhluk yang Besar Menyambut Maulidur Rasul
  • Makhluk Paling Mulia Menyambut Maulidur Rasul
  • Orang Pertama Menyambut Maulid Secara Besar-Besaran
  • Hukum Menyambut Maulidur Rasul
  • Antara Keberkatan Maulid
  • Kitab-Kitab Maulid
  • Sejarah Penulisan Qasidah Burdah
  • Hikmah Dan Rahsia Hari Isnin Dan Bulan Rabi’ul Awwal
  • Berlakunya Peristiwa Besar Dengan Asbab Maulid
  • Antara Kemuliaan Nabi Muhammad SAW Ketika Masih Kecil
  • Mengenal Bentuk Tubuh Rasulullah SAW
  • Kemuliaan Nabi Muhammad SAW
  • Nabi Muhammad SAW Pembawa Rahmat
  • Antara Akhlak Mulia Nabi Muhammmad SAW
  • Memilih Supaya Penduduk Thaif Tidak Diazab SAW
  • Mukjizat Nabi Muhammad SAW
  • Cinta Nabi SAW Kepada Umat
  • Mahalnya Harga Sebuah Cinta
  • Para Sahabat Mencintai Nabi SAW
  • Para Tabi’in Dan Golongan Selepas Mereka Mencintai Nabi SAW
  • Tanda Seseorang Mencintai Nabi SAW

Biografi Muhammad bin Abdullah

Biografi Muhammad bin Abdullah


Tajuk: Biografi Muhammad bin Abdullah (SOFTCOVER)
ISBN: 978-967-481-536-3
Penerbit: PTS
Penulis: Zulkifli Mohd Yusoff, Noor Naemah Abd Rahman
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 480
Halaman:Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.65
Dimensi (cm): 22.8cm x 15.3cm x 2.4cm

****


Biografi Muhammad Bin Abdullah adalah antara buku sirah yang terbaik untuk mengenali Rasulullah. Menghayati kisah hidup nabi dalam buku sangat mengasyikkan. Novel-novel cinta yang popular sekalipun tidak mampu memberikan kenikmatan yang setara dengan nikmatnya membaca buku ini. Kita teruja untuk menghabiskan ayat demi ayat, helaian demi helaian buku ini, daripada muka surat pertama hinggalah ke muka surat terakhir. Inilah biografi kekasih yang teragung dan kisah cinta yang paling indah di dunia.

Buku ini adalah rakaman sirah yang lengkap tentang Rasulullah. Buku ini bermula dengan kisah-kisah ajaib yang berlaku sebelum kelahiran baginda. Sebagaimana peristiwa kelahiran baginda membawa sinar kebahagiaan ke seluruh dunia, buku ini juga berjaya membuatkan para pembaca asyik dalam penceritaan yang amat menarik. Namun, apabila tiba detik Rasulullah menghembuskan nafas terakhir, kita akan tenggelam dalam kesedihan dan hanyut dalam kerinduan kepada kekasih agung, Rasulullah s.a.w.

Babak demi babak seluruh kehidupan Rasulullah diceritakan dengan baik sekali. Penceritaannya mampu menggugah emosi pembaca. Inilah bahan bacaan yang terbaik sebagai pelengkap kepada karya sirah tentang Rasulullah s.a.w.

Setiap nabi dikurniakan dengan mukjizat yang sesuai dengan zamannya dan mengatasi kehebatannya kaumnya. Nabi Musa diberikan mukjizat tongkat yang bertukar menjadi ular hingga dapat mengalahkan Firaun dan ahli sihirnya. Nabi Isa pula dikurniakan dengan kemampuan menghidupkan orang yang sudah mati, sesuai dengan kaum pada zamannya yang hebat dalam ilmu perubatan.

Rasul junjungan kita pula, Muhammad s.a.w dikurniakan dengan mukjizat yang agung, iaitu Al-Quran yang sangat indah bahasanya. Ketinggian bahasa Al-Quran menundukkan kehebatan para penyair Arab yang terkenal dengan syair-syair yang bisa memukau para pendengar. Itulah kehebatan bahasa dan bahasa sangat berkuasa. Bahasa yang indah seolah-olah mempunyai tempias mukjizat yang mampu mempengaruhi minda dan menyentuh hati manusia. Mahakarya agung ciptaan manusia terletak pada bahasa yang mengungkapkannya.

Memahami hakikat ini, keindahan dan kelancaran bahasa adalah kekuatan utama bagi sesebuah buku. Justeru, sebuah buku yang bercerita tentang kehidupan Rasulullah, terlebih utama perlu menggunakan bahasa yang indah sehingga mampu membuakkan kecintaan kita kepada Rasulullah. Oleh sebab inilah, buku Biografi Muhammad Bin Abdullah ditulis dengan bahasa yang mudah dan indah. Kekuatan buku ini adalah pada bahasanya.


Lampiran





Tuesday, 12 October 2021

355 Koleksi Cerita daripada Al-Quran Mengikut Kalendar Islam

355 Koleksi Cerita daripada Al-Quran Mengikut Kalendar Islam

Harga RM65 Beli


Tajuk: 355 Koleksi Cerita daripada Al-Quran Mengikut Kalendar Islam
ISBN: 9789674501914
Penerbit: Addin
Editor: Nor Azlin Japar, Norul Azila Arifin
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 383
Halaman: Berwarna
Format: Hardcover 
Berat (kg): 1.205
Dimensi (cm): 25cm x18cm x2.5cm
 
 
 
355 Koleksi Cerita daripada Al-Quran menghimpunkan pelbagai kisah teladan dan perjuangan dalam menyebarkan agama  Islam. Buku ini berkonsepkan satu hari satu cerita. Kisah-kisah ini diambil berdasarkan kisah-kisah benar daripada Al-Quran. Kisah-kisah yang dipaparkan dapat memberi pengajaran kepada golongan pembaca muda.
 
Penggunaan bahasa yang rendah memudahkan lagi pembaca muda menghayati kisah-kisah ini. Ilustrasi yang menarik hati dapat menambahkan lagi pemahaman mereka.
 
Diharapkan buku ini dapat menambahkan bahan-bahan ilmu berunsur agama Islam sekali gus melahirkan masyarakat yang bertakwa dan diredai Allah S.W.T.

Lampiran

MUHAMMAD: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal

MUHAMMAD: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal
Harga RM76 Klik Beli

Tajuk: MUHAMMAD: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal

ISBN: 9789671809143

Penerbit: IBDE Ilham

Muka Surat: 505

Halaman: Hitam Putih

Tahun Terbitan: 2021

Pengarang: Martin Lings @ Syeikh Abu Bakar Sirajuddin

Penterjemah: Farhan Affandi dan Al-Mustaqeem M. Radhi

Format: Hardcover

Berat (kg): 0.80 kg

Dimensi (cm): 23.8 cm x 15.5 cm x 4.5 cm

 


Sinopsis

Biografi ini merupakan salah satu biografi Nabi Muhammad SAW yang terbaik pernah diterbitkan. Dengan gaya penulisan yang mudah difahami serta bahasa yang indah, Martin Lings menghadirkan kepada pembaca riwayat hidup Nabi Muhammad SAW dengan terperinci.

Selain sisi peribadi baginda, biografi ini turut menyentuh aspek sosial, ekonomi dan politik pada zaman tersebut.

Ditulis mengunakan sumber-sumber yang sahih dan sudah meraih banyak anugerah di peringkat antarabangsa, biografi ini adalah sebuah buku yang wajib dimiliki setiap orang.

 

"Bertepatan 10 Tahun Kenabian, Rasulullah Telah Mengalami Tahun Dukacita."

 

"Pada tahun 619 masehi, Rasulullah saw mengalami kehilangan besar lantaran kewafatan isterinya, Saidatina Khadijah. Khadijah bukan cuma seorang isteri, beliau juga adalah sahabat karib baginda, penasihatnya yang bijaksana, dan ibu kepada seluruh isi rumah mereka."

Inilah sebahagian coretan daripada buku ini.

Ketahui lebih banyak kisah perjalanan terakhir Rasulullah saw yang menyayat hati, suka dan duka dalam perjalanan menyebarkan islam dalam buku "Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal".

Buku ini wajib dimiliki oleh setiap muslim yang cintakan Nabi Muhammad saw kerana:

1) Kitab sirah paling laris di peringkat global
2) Cetakan terjemahan IBDE melebihi 9,000 naskhah
3) Terjual lebih 200,000 naskhah seluruh dunia sejak diterbitkan



Buku Ini Diiktiraf Dunia

 

"Salah satu biografi terbaik dalam bahasa Inggeris. Susunan cerita menunjukkan bahawa pengarang merujuk fakta sejarah dari sumber asal dengan cermat dan tepat."


Syeikh Hamza Yusuf



"Sebuah karangan seni sejati, memukau seperti novel terbaik, cuma yang berbeza ini bukan fiksyen tetapi fakta."


The Islamic Quarterly



"Karya ini diakui secara meluas sebagai riwayat nabi (Muhammad saw) yang paling banyak dibaca sehingga kini."


- The Times, London


Biografi pengarang - Martin Lings

 

Martin Lings (Abu Bakr Sirajud-Din) lahir di Burnage, Lancashire, England, pada tahun 1909. Beliau menempuh pengajian peringkat ijazah di Clifton College, Bristol, England, dan seterusnya mendalami pengajian dalam bidang sastera Inggeris di Universiti Oxford Di Oxford, beliau menjadi murid dan seterusnya sahabat karib kepada pengarang dan sarjana terkenal C. S. Lewis

Pada tahun 1939, Martin Lings mengembara ke Mesir untuk mengunjungi seorang sahabatnya yang mengajar di Universiti Kaherah, selain untuk menjadi pembantu seorang ahli sufi berbangsa Perancis, René Guénon. Sewaktu kunjungan ini Martin Lings terpaksa mengambil alih kerusi yang diduduki oleh sahabatnya di Universiti Kaherah apabila sahabatnya itu meninggal dunia dalam suatu kemalangan sewaktu menunggang kuda. Beliau memeluk agama Islam selepas itu dan menjadi murid René Guénon.

Pengetahuan Martin Lings yang amat luas dan mendalam tentang Islam, malah juga pengamalannya yang teguh dan mengakar sebagai Muslim, dapat dilihat dengan nyata pada buku Muhammad His Life Based on the Earliest Sources yang diiktiral di seluruh dunia sejak kali pertama ia terbit, pada tahun 1983, dan telah memenangi beberapa anugerah, termasuk pengiktirafan sebagai buku sirah terbaik dalam bahasa Inggeris oleh National Seerat Conference di Islamabad. Buku ini telah diterjemahkan ke dalam 12 bahasa dan buku yang berada di tangan pembaca kini adalah edisi bahasa Malaysia yang pertama.




Martin Lings telah menyampaikan banyak syarahan berkenaan. Nabi Muhammad SAW di seluruh dunia, termasuk sebuah syarahan yang disampaikannya di hadapan 3,000 pendengar di Britain sempena perayaan Maulid Nabi pada 12 Mei 2005, sepuluh hari sebelum beliau meninggal dunia.









Escape the Rat Race

Escape the Rat Race Klik untuk tempahan: Tajuk: Escape the Rat Race ISBN:978-967-411-561-6 Penerbit: PTS Publishing House Penuli...