Tuesday, 18 January 2022

Sun Tzu: Art of War (Edisi Bahasa Melayu)



Tajuk: Sun Tzu: Art of War (2021 Edisi Bahasa Melayu)

ISBN: 978-967-481-735-0
Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: Wang Xuanming
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 205
Halaman: Hitam Putih
Berat (kg): 0.30 kg
Dimensi: 22.6 cm x 15.1 cm x 1.1 cm

SINOPSIS

Sun Tzu: Art of War meliputi subjek strategi secara meluas. Karya ini mengandungi ilmu yang pelbagai, membincangkan dengan mendalam serta dianggap sebagai buah kebijaksanaan manusia yang mempunyai potensi mengubah hala tuju dunia. Sekarang kita dapat lihat bagaimana strategi diterapkan melangkaui medan perang dan mula meresap ke dalam kehidupan sehari-harian, lantas membawa perubahan dalam apa yang selama ini kita pandang enteng dalam perjuangan meneruskan kelangsungan hidup. Pengaruhnya bukan sahaja terasa dalam pentadbiran kerajaan, malah kepada pengurusan bisnes, perhubungan awam, dilpomasi dan sukan.

Oleh itu kita dapat lihat bagaimana fleksibiliti prinsip-prinsip strategi yang diajar oleh Sun Tzu dapat diterapkan, menjadikannya rujukan bagi sesiapa yang mahu menyahut apa sahaja cabaran.

Buku ini mengandungi lukisan komik sebanyak tiga belas bab Art of War karya Sun Tzu serta menggambarkan pemikiran Sun Tzu secara komprehensif. Turut dimasukkan contoh-contoh yang relevan dari sejarah China untuk memberi gambaran yang lebih jelas tentang idea asal Sun Tzu. Buku ini juga menekankan bahawa walaupun pertempuran-pertempuran terkenal sudah disebut dalam buku-buku yang lain, mereka tetap dipaparkan di sini sebagai perbincangan dan analisis tambahan. Ini adalah supaya para pembaca dapat mengambil kira pelbagai elemen peperangan termasuk faktor tentera, politik dan kewangan.

Buku ini turut menyentuh isu-isu seperti perlantikan jeneral, pengaturan anggota tentera dan fomrasi bagi membolehkan buku ini difahami dari pelbagai sudut pandangan agar buku ini terus bermanfaat biarpun dibaca berulang kali.



ISI KANDUNGAN

 

Pengantar Penterjemah

Prakata

Prolog

 

Bab 1:Penilaian Awal

Sebelum memenangi pertempuran, mulakan dengan merancang

Bab 2: Berperang

Peperangan harus dimenangi dengan cepat tanpa dipanjangkan tempohnya

Bab 3: Serangan Melalui Muslihat

Menewaskan musuh tanpa berlawan adalah kejayaan yang sempurna

Bab 4: Mengatur Bala Tentera

Jangan sesekali pergi berperang tanpa persediaan

Bab 5: Formasi

Mencipta keadaan yang kondusif dan merebut peluang untuk menang

Bab 6: Kekuatan dan Kelemahan

Mahirkan diri untuk menggerakkan musuh ke tempat yang anda mahu berbanding digerakkan oleh musuh

Bab 7: Mengatur Pergerakan

Ubah faktor yang melemahkan kepada yang menguatkan serta merebut peluang untuk berlawan

Bab 8: Sembilan Variasi Taktik

Lakukan perubahan taktik yang fleksibel mengikut perubahan di medan perang

Bab 9: Pergerakan

Berarak, berkhemah dan memerhatikan medan perang.

Bab 10: Topografi

Geografi ketenteraan tidak harus diabaikan

Bab 11: Sembilan Jenis Kawasan Strategik

Lancarkan serangan mengejut ke atas musuh dan menyelinap jauh ke dalam wilayah musuh

Bab 12: Menyerang Dengan Api

Bertindak dari dalam bersama koordinasi dengan ketumbukan dari luar yang dibantu dengan api.

Bab 13: Risikan

Pengintipan strategik adalah nadi peperangan

Thursday, 6 January 2022

Communicate Like Muhammad oleh Ahmad Saifuddin Yusof [RM25]

Communicate Like Muhammad


 Tajuk: Communicate Like Muhammad

ISBN: 978-967-481-753-4
Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: Ahmad Saifuddin Yusof
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: 185
Halaman: Berwarna
Berat (kg): 0.20 kg
Dimensi (cm): 19.5 cm x 13.5 cm x 1 cm

 

SINOPSIS

 

Tiga perkara akan disedari apabila membaca buku ini:

 

1. Nabi Muhammad sebagai model terbaik untuk dicontohi teknik dan cara berkomunikasi dengan orang lain ketika bersosial, memimpin dan memberi motivasi.

2. Tonggak utama teknik komunikasi Nabi Muhammad ialah konteks dan pilihan perkataan yang tepat.

3. Komunikasi yang betul akan menghasilkan kesan positif.

Buku ‘Communicate Like Muhammad’ bukanlah membawa hukum atau sunnah baru. Buku ini memaparkan teknik dan kaedah yang terselindung di sebalik tirai hadith Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alayhi wa Sallam.

Mungkin ada perkara yang bercanggah dengan amalan yang biasa kita lazimi setiap hari sama ada di rumah, di pejabat atau di dalam organisasi kita.

Justeru, teknik dan kaedah komunikasi Nabi Muhammad perlu dilatih sentiasa supaya kaedah itu terikat kemas dalam komunikasi kita setiap hari.

Latihan setiap hari akan mewujudkan kelaziman baru dalam hidup kita sehingga dapat menghasilkan kesan positif ketika kita bersosial, mendorong dan memimpin orang lain.

Teknik dan kaedah dalam buku ini adalah universal untuk semua orang tidak mengira bangsa dan agama. Tidak ada bacaan ritual dan mentera tertentu untuk mengamalkan kaedah komunikasi Nabi Muhammad. Hanya 3 langkah.

 

Baca, faham, buat.

Wednesday, 5 January 2022

Menyambut Kelahiran Gaya Rasululllah

Menyambut  Kelahiran Gaya Rasulullah

menyambut kelahiran gaya Rasulullah

DESKRIPSI

Format: Paperback
Saiz: 5" x 7.5"
ISBN-13: 978-967-366-289-0 
Tarikh Terbit: 8 Sep 2014
Jumlah Muka Surat : 88

Berat (kg): 0.09

Kategori: Islam Umum

Siri:

Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd


SINOPSIS

Bukan kita sahaja yang seronok dengan kelahiran anak kita, Nabi pun ikut seronok juga.

"Aku berbangga dengan umat yang lebih ramai berbanding nabi lain pada hari kiamat."

Kelahiran anak kita adalah satu sumber keseronokan Nabi. Nabi sudah mengajarkan kita cara menyambut kelahiran anak supaya menjadi sebahagian umat yang mendapat keberkatan Nabi.

Antara teknik yang diajar dalam buku ini:

  • Apa yang patutu kita buat sejurus mendapat bayi?
  • Apa itu tahnik dan cara tahnik.
  • Bagaimana melakukan akikah?
  • Sapu kepala bayi dengan minyak wangi.
  • Kaedah menamakan anak.

 

ISI KANDUNGAN

Bab 1 Hukum Mengharapkan Anak

Bab 2 Bersyukur Terhadap Kurniaan Anak

Bab 3 Sunat Bergembira dan Mengucapkan Tahniah kepada Orang yang Dikurniakan Anak

Bab 4 Azan pada Telinga Kanan Bayi Sebaik Sahaja Dilahirkan 

Bab 5 Mendoakan Bayi Mendapat Perlindungan daripada Allah s.w.t.

Bab 6 Sunat Mentahnik Bayi

Bab 7 Kebaikan Tahnik daripada Sudut Perubatan Moden

Bab 8 Akikah

Bab 9 Sunat Mencukur Rambut Bayi dan Bersedekah dengan Nilai Perak Berdasarkan Berat Timbangannya

Bab 10 Mengusap Kepala Bayi dengan Minyak Wangi

Bab 11 Menamakan Anak

Bab 12 Khitan

Bab 13 Hukum Bersubang untuk Bayi

Bab 14 Kewajipan Mendidik, Mengajar, dan Berlaku Adil Sesama Anak

Bab 15 Berlaku Adil Sesama Hak


LAMPIRAN ISI





Forensik Kewangan - Zaidi Ismail [RM30]

 Forensik Kewangan

buku forensik kewangan-zaidi ismail-galeri ilmu 1

DESKRIPSI

FORENSIK KEWANGAN
ISBN: 978-983-097-798-0
Kod: GB549
Penulis: Zaidi Ismail
Tebal: 216 ms
Saiz: L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W:
Berat: 0.35 kg
Terbit: Ogos 2019
Harga: RM30.00/ RM32.00*

Klik Sini untuk Beli www.wasap.my/0109307813/forensikkewangan


SINOPSIS

Saya tidak percaya kepada teori yang mengatakan kalau hendak hidup senang haruslah bekerja kuat siang dan malam. Bagi saya cara ini hanya membazirkan masa demi mencari wang. Sepatutnya wang yang mencari kita, bukan kita yang mencari wang. 
Saya tidak mahu menjadi hamba wang, cukup sekadar bebas daripada hutang, mempunyai harta dan cukup makan pakai. Yang paling penting hidup tenang dan tenteram.
Biar siapa pun anda, ilmu dan kemahiran kewangan tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan anda. Sedar atau tidak, semua orang memerlukan ilmu dan kemahiran tersebut.
Bagi mewujudkan masyarakat yang kuat dari segi kewangan, ia bermula daripada individu. Jadi kita perlu belajar mengurus kewangan peribadi sebelum menguatkan masyarakat. Apabila individu kuat, maka keluarga akan kuat dan akhirnya masyarakat juga akan menjadi kuat.
Bagi yang masih bujang, inilah masa anda. Jangan persiakan masa dan usia muda yang ada, ambillah peluang ini sebelum mempunyai bermacam-macam bentuk beban.
Jika saya seorang yang dilahirkan miskin, dibesarkan di perkampungan setinggan dapat merantau lebih 16 buah negara, memiliki pelbagai jenis perniagaan termasuklah mengurus lebih 60 buah hartanah dan menjadi jutawan seawal usia 32 tahun tanpa diploma mahupun ijazah, maka sesiapa pun mampu melakukan lebih baik daripada saya.


Setiap daripada kita mempunyai lima modal iaitu, masa, tenaga, pengetahuan, emosi dan wang. Maka, gunakanlah kesemua modal ini untuk menjadikan impian anda satu kenyataan. Insya-Allah.

Monday, 3 January 2022

CSI Kewangan [RM28]

 CSI Kewangan

buku kewangan-csi kewangan-zaidi ismail-galeri ilmu1
Tajuk: CSI KEWANGAN

ISBN: 978-983-097-938-0
Penulis: Zaidi Ismai
Kod: GB655
Tebal: 168 ms
Saiz: L: 13.9cm X H: 21.6cm X W: 1.5cm
Berat: 0.35 kg
Kulit: Soft cover
Percetakan: 4 warna
Harga: RM28.00/RM30.00*


SINOPSIS

Pengurusan wang adalah seni. Malangnya, keseniannya semakin pudar. Kita menjadi semakin miskin setiap hari hanya kerana kita tidak mampu menguruskan sumber yang kita ada dengan berkesan. Kita tidak tahu bagaimana untuk menguruskan aset kita dan memastikannya berkembang.

Pengurusan kewangan terbaik bermula sejak dari awal hidup kita. Ini bagi memastikan kita dapat menguruskan sumber yang kita ada dengan berkesan. Kegagalan kita menguruskan aset dan memastikannya berkembang boleh menyebabkan kita menjadi semakin miskin setiap hari. Jadi, usah tunggu sesuatu perkara mencecah tahap tidak terkawal sebelum memikirkan cara untuk menguruskan sumber berharga kita ini.

Oleh itu, di dalam buku ini, penulis berkongsi pelbagai cara pengurusan kewangan bagi setiap tahap umur dan pada semua peringkat perjalanan hidup kita. Semoga kita semua dapat mempelajari sesuatu yang bermanfaat dan membantu anda mengatur hidup dengan lebih baik.



GAMBAR ISI

buku kewangan-csi kewangan-zaidi ismail-galeri ilmu2

buku kewangan-csi kewangan-zaidi ismail-galeri ilmu3
















Bestnya! Kewangan [RM30]

Bestnya! Kewangan

buku kewangan-bestnya! kewangan-irfan foner 1

DESKRIPSI:

Tajuk: Bestnya! Kewangan

ISBN: 9789671743065
Penerbit: Irfan Foner
Penulis: Kaybee Rahim , Amyr Hamid
Tahun Terbitan: Cetakan Pertama Oktober 2021
Muka Surat: 114
Format: Softcover
Berat (kg): 0.18 kg
Dimensi: 21 cm x 15 cm x 0.8 cm

Harga: RM30

Beli: www.wasap.my/0109307813/bestnya-kewangan 


SINOPSIS:

Adakah kita perlu risau? Sejumlah 60 peratus dari golongan orang muda dikhuatiri muflis pada tahun 2020, mengikut laporan dari Bank Dunia (2019). Puncanya? Disebabkan pinjaman peribadi yang dilakukan bukan untuk melabur, tetapi kerana gaya hidup melampau yang tidak terurus. Adakah kebanyakan kita sedar apakah perbezaan antara Kehendak dengan Keperluan? Yang mana sepatutnya dibelanjakan tunai, yang mana sepatutnya kita belanjakan secara kredit? Celik kewangan membantu kita untuk sentiasa merasakan cukup.


LAMPIRAN








Escape the Rat Race

Escape the Rat Race Klik untuk tempahan: Tajuk: Escape the Rat Race ISBN:978-967-411-561-6 Penerbit: PTS Publishing House Penuli...