Thursday, 18 November 2021

Perjalanan Agung

Perjalanan Agung
Judul: Perjalanan Agung
Penulis: Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid
ISBN: 978-983-097-740-9
Kod: GB0500
Tebal: 280 ms
Harga: RM25.00/RM27.00

Sinopsis:
Ilmu Sirah adalah ilmu yang mengkaji tentang Nabi Muhammad SAW dan mesti ada sanadnya untuk menjadi sumber rujukan dalam Islam.
Dikatakan salah satu makna ilmu Sirah adalah daripada kata ‘sair’ iaitu ‘perjalanan’. Perjalanan yang dimaksudkan ialah perjalanan Rasulullah SAW yang perlu kita jadikan contoh ikutan agar kita dapat berjalan di jalan yang dijalani oleh Nabi Muhammad SAW.

KANDUNGAN
  • Kepentingan Mempelajari Ilmu Sirah
  • Hikmah di Sebalik Nama ‘Muhammad’
  • Nabi yang Terakhir
  • Nasab Rasulullah SAW
  • Perjalanan Pertama ke Syam
  • Hikmah Menggembala Kambing
  • Pembinaan Kaabah
  • Perkahwinan dengan Khadijah
  • Nabi Beruzlah di Gua Hira’
  • Turunnya Wahyu
  • Strategi Dakwah Rasulullah
  • Dakwah Keluarga Terdekat
  • Tabah Menghadapi Ujian
  •  Rundingan dan Tawaran Pembesar Quraisy
  •  Rintangan Dakwah Rasulullah
  • Pemulauan Ekonomi
  • Hijrah ke Habsyah
  • Hukum Berhijrah
  • Kisah An-Najasyi
  • 30 Utusan dari Habsyah
  • Peristiwa Israk dan Mikraj
  • 5 Iktibar Israk dan Mikraj:

Tentang Penulis:
Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid dilahirkan pada 12 April 1974 di Jawa Timur, Indonesia. Beliau daripada keluarga sederhana yang hidup di sebuah perkampungan yang didiami ramai ulama dan terdapat beberapa buah pondok pesantren di situ. Pada usia 21 tahun, beliau pergi ke Hadhramaut, Yaman untuk meneruskan pengajian dan berguru dengan ramai ulama, antaranya: Al-Habib Umar bin Hafidz, Al-Habib Salim asy-Syatiri, Syeikh Umar Husain al-Khatib dan Al-Habib Ali Abdul Rahman al-Jufri.
Selesai pengajian di Hadhramaut, beliau pergi ke Mesir. Di Universiti al-Azhar, beliau berguru dengan ramai ulama, antaranya: Dr. Abdul Badi' Abu Hashim, Dr. Saad Jawish, Dr. Ali Jum‘ah dan Dr. Muhammad Jibril. Seiring dengan belajar, beliau terus mengasah kemahiran berdakwah dengan mengajar dan mendidik pelajar-pelajar pelbagai kaum dan bangsa.
Setelah menerima ijazah dalam jurusan 'Islamic Legislation and Law', beliau meneruskan kembara ilmu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan Al-Quran dan Sunnah.

Berkhidmat sebagai pengajar di Darul Murtadza dan aktif menyampaikan pengajian di surau dan masjid serta rancangan-rancangan ilmu di televisyen. Beliau menerima Anugerah Tokoh Ilmuan 2018 semasa Majlis Konvokesyen Pengajian Bersijil ke-17 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Kenal Untuk Cinta: Biografi Lengkap Rasulullah SAW Edisi Jimat [RM35] ( Out-of-Stock)

Kenal Untuk Cinta: Biografi Lengkap Rasulullah SAW
Judul: Kenal Untuk Cinta: Biografi Lengkap Rasulullah SAW
ISBN: 978-983-097-743-0
Kod: GB501
Penulis/Penterjemah & kemas kini: Ustaz Muhadir Haji Joll  
Tebal: 280 ms
Harga: RM35.00/RM37.00 (EDISI JIMAT)

SINOPSIS
Kenal Untuk Cinta: Biografi Lengkap Rasulullah SAW adalah sebuah biografi yang padat dengan fakta ringkas tetapi lengkap mengenai Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW dan perjalanan hidup Baginda.

Naskhah yang memberi gambaran kepada pembaca untuk menyelami kehidupan sebenar Rasulullah SAW sejak dari awal kelahiran sehinggalah kewafatan Baginda.

Buku ini mengetengahkan serba-serbi maklumat tentang keperibadian dan kronologi perjalanan kehidupan Baginda Rasulullah SAW, lengkap berwarna berserta gambar-gambar yang menarik.

Kenal Untuk Cinta: Biografi Lengkap Rasulullah SAW ini diterjemah dan dikemaskini daripada karya asal Tarikh al-Hawadits wa al-Ahwal an-Nabawiyyah. Semoga setiap pembaca dapat mengenali lebih rapat dengan Baginda dan menambah rasa cinta terhadap Baginda SAW.

KANDUNGAN
Muqaddimah Penterjemah

BAHAGIAN PERTAMA: Kehidupan Nabi Muhammad
Nasab yang mulia
Kelahiran
Bidan Nabi
Penjaga dan ibu susuan Nabi
Perkembangan awal kehidupan Nabi
Pekerjaan Nabi Muhammad sebelum menjadi nabi
Pasar-pasar tempat Nabi pernah berniaga
Nama-nama Nabi Muhammad
Nama-nama lain Nabi Muhammad
Tanda-tanda Kenabian
Sifat-sifat fizikal Nabi Muhammad
Pakaian dan perhiasan
Kekuatan fizikal Nabi Muhammad
Akhlak Nabi Muhammad
Keluarga dan kaum kerabat Nabi Muhammad
-          Nenek Nabi sebelah ayah dan sebelah ibu
-          Ayah dan ibu saudara Nabi (sebelah ayah)
-          Ayah dan ibu saudara Nabi (sebelah ibu)
-          Sepupu Nabi (daripada ayah saudara dan ibu saudara sebelah ayah)
-          Isteri-isteri Nabi Muhammad
-          Anak-anak Nabi Muhammad
-          Anak tiri dan anak angkat Nabi
-          Cucu-cucu Nabi
-          Saudara-saudara susuan Nabi Muhammad
Sejarah ringkas peristiwa hijrah dari Makkah ke Madinah
Orang yang berada di samping Rasulullah
-          Maula-maula Rasulullah
-          Pembantu Rasulullah
-          Para Sahabat Nabi yang bertugas melaksanakan hukuman mati atas perintah Rasulullah
-          Para Sahabat yang ditugaskan dengan tugas khas
-          Pengawal Rasulullah
-          Utusan Rasulullah kepada ketua-ketua dan raja-raja
-          Penulis Rasulullah (yang menulis surat Rasulullah)
-          Sebahagian isi surat Rasulullah
-          Isi surat Rasulullah kepada Kaisar Rom, Hercules
-          Isi surat Rasulullah kepada Najasyi
-          Isi surat Rasulullah kepada Kisra (Maharaja Parsi)
-          Pegawai yang ditugaskan menguruskan urusan pemerintahan
-          Para muazzin Rasulullah
-          Juru pidato Rasulullah
-          Penyair, khatib, dan penghibur Rasulullah
Haiwan tunggangan Rasulullah
Haiwan ternakan Rasulullah
Senjata dan kelengkapan perang Rasulullah
Pakaian dan perkakas Rasulullah
Peperangan yang ghazwah (disertai) dan sariyyah (tidak disertai) Rasulullah
Haji dan umrah Rasulullah
Mukjizat Rasulullah
Kewafatan Rasulullah

BAHAGIAN KEDUA
Peristiwa penting pada zaman Rasulullah
Tahun sebelum kenabian: 1 tahun – 39 tahun
Tahun Kenabian: Tahun Pertama (umur 40 tahun) – Tahun Ke-13 (umur 52 tahun)
Peristiwa Hijrah dan selepasnya: Tahun Pertama (umur 53 tahun) – Tahun Ke-11 (umur 63 tahun)

Sanad kitab “Tarikh al-Hawadits wa al-Ahwal an-Nabawiyyah” (Tarikh Peristiwa-Peristiwa dan Hal-Hal Kenabian)
Khutbah terakhir Nabi Muhammad


CATATAN:

Buku ini adalah terjemahan berserta kemaskini daripada kitab: Tarikh al-Hawadits wa al-Ahwal an-Nabawiyyah  oleh Dr. Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani al-Makki. Ulama besar sufi bertaraf muhaddits, bergelar Profesor dan berketurunan Rasulullah SAW, pengarang kepada ratusan kitab yang sebahagiannya diterjemahkan ke pelbagai bahasa. Menjadi guru dan rujukan ramai ulama termasuk ulama tersohor Malaysia dan Indonesia. Pada hari kematiannya, Jumaat 15 Ramadan 1425H (2004), bumi Makkah dirundung kesedihan tatkalan ribuan orang mengiringi jenazahnya ke perkuburan Maala.

Wednesday, 17 November 2021

Kenal Untuk Cinta: Biografi Lengkap Rasulullah ﷺ [RM50] (Out-of-Stock)

Kenal Untuk Cinta: Biografi Lengkap Rasulullah 

Tajuk: Kenal Untuk Cinta: Biografi Lengkap Rasulullah ﷺ
ISBN: 978-983-097-435-4
Penerbit: Galeri Ilmu
Penulis: Dr. Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki
Penterjemah: Ustaz Muhadir Haji Joll
Tahun Terbitan: 2014
Muka Surat:
Halaman: Hitam Putih
Format: Hardcover
Berat (kg): 
Dimensi (cm): 
Kod: GB0222
Harga: RM50

SINOPSIS
Kenal Untuk Cinta: Biografi Lengkap Rasulullah ﷺ yangbditerjemah dan dikemaskini daripada karya asal Tarikh al-Hawadits wa al-Ahwal an-Nabawiyyah. (تاريخ الحوادث و الأحوال النبوية)

Lengkap berwarna berserta gambar-gambar yang menarik bagi mengetengahkan serba-serbi maklumat tentang keperibadian dan kronologi perjalanan kehidupan Baginda Rasulullah SAW. 

Pembaca akan dapat 'melihat' kehidupan sebenar Baginda sejak awal kelahiran sehingga kewafatannya. Buku ini penting agar setiap pembaca dapat mengenali lebih rapat dengan Baginda dan menambah rasa cinta terhadapnya

Monday, 15 November 2021

Ringkasan Sirah Nabi & 10 Orang Sahabat [RM25.00] (Out-of-Stock)

Ringkasan Sirah Nabi & 10 Orang Sahabat

Kisah perjalanan hidup Nabi Muhammad serta para sahabat baginda sangat penting untuk dihayati. Oleh itu, Al-Imam Abdul Ghani al-Maqdisi (600H) telah menyusun sebuah buku yang lengkap bagi membicarakan keseluruhan kehidupan Nabi dan para sahabat baginda. 

Buku ini adalah ringkasan daripada kisah-kisah sirah yang panjang. Ia bertujuan memudahkan penuntut ilmu membuat ulangkaji dan hafalan terhadap kehidupan insan agung, Nabi Muhammad SAW. 

Semoga buku ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita terhadap nabi kita. AllahummaAmin. 

"Pelajarilah agama dengan mempelajari perjalanan hidup tokohnya, nescaya engkau akan menemui keindahan dan kebenaran"


Perincian Buku

Format: Paperback 
ISBN:978-967-15185-4-0
Jumlah Muka Surat: 108
Berat (Kg): 0.148
Penulis: Al-Imam Abdul Ghani al-Maqdisi

Lampiran

The Beautiful Ensiklopedia Syamail Rasulullah [RM58.50] (Out-of-Stock)

The Beautiful Ensiklopedia Syamail Rasulullah 

Buku Ensiklopedia Syamail Rasulullah ini merupakan perincian keseluruhan perjalanan hidup Rasulullah s.a.w sejak dari kecil, remaja, dewasa, berkahwin, menjadi Nabi serta perjuangan  dan tentangan besar yang dihadapi oleh baginda.
 
Di dalam  buku ini juga dijelaskan tentang keperibadiaan Rasulullah s.a.w semasa hidup baginda seperti bentuk fizikal, cara makan dan minum, pakaian, kasut dan sebagainya.
 
Dengan memiliki buku ini, kita dapatlah mengetahui keperibadiaan Rasulullah s.a.w secara lengkap.

Perincian Buku
Format: Paperback
Saiz: 8.5" x 12”
ISBN-13: 9789670398631
Jumlah Muka Surat: 359
Berat (Kg): 1.05

Sirah Nabi Muhammad: Perjalanan Hidup Luar Biasa! [RM65] (Out of Stock)

Sirah Nabi Muhammad: Perjalanan Hidup Luar Biasa!

Pada tahun 1973 telah diadakan sebuah persidangan berkaitan pengajian Sirah Nabi Muhammad SAW. Berakhirnya persidangan berkenaan dengan keputusan menganjurkan pertandingan penulisan Sirah peringkat Antarabangsa. Semua penulis di seluruh dunia telah dijemput untuk menulis di dalam apa jua bahasa.

Syaikh Sofiyurrahman telah menyertai pertandingan berkenaan. Keputusannya, beliau memenangi tempat pertama dengan meraih hadiah serta kelebihan yang menakjubkan! Buku beliau diterjemahkan kepada pelbagai bahasa serta disebarkan di serata negara. Lalu buku ini menjadi popular. Di pelbagai masjid dan surau bahkan sekolah telah menjadikan buku beliau sebagai modul di dalam subjek sirah.

Keistimewaan buku beliau ialah; ia menjelaskan isu sirah Nabi Muhammad dengan lengkap Daripada lahir sehingga wafat! Bahkan, beliau sertakan gambaran latar belakang tanah Arab sebelum dibangkitkan Nabi Muhammad. Ini buku yang sangat istimewa!

Pada 1994, beliau telah membuat edisi kemaskini dengan pelbagai tambahan dan pembaharuan. Antaranya ialah; beliau menukar beberapa fakta yang pernah disebut sebelum ini, memadam kenyataan lama lalu ditambah dengan kenyataan baharu serta pelbagai lagi pendirian terkini beliau.

Santai Ilmu Publication telah berusaha sedaya upaya menterjemahkan karya ini kepada bahasa Malaysia. Semoga dengan penerbitan buku ini, umat Islam khususnya yang berada di Malaysia akan lebih mendekatkan diri kepada peribadi dan kehidupan Nabii Muhammad SAW








Escape the Rat Race

Escape the Rat Race Klik untuk tempahan: Tajuk: Escape the Rat Race ISBN:978-967-411-561-6 Penerbit: PTS Publishing House Penuli...